Pages

Sunday 20 May 2012

Pelopor Teori-teori Pendidikan

 
Jean Piaget

Jean Piaget merupakan salah seorang pencetus teori dalam pendidikan. Latar belakang dan sumbangan beliau telah kita bincangkan dalam post sebelum ini. Sekarang, kita akan fokus pula pada teori beliau. Minat menyelidik proses pemikiran kanak-kanak amat mendalam dalam diri beliau. Hasil daripada pemerhatian terhadap perkembangan ketiga-tiga anaknya, maka tercetuslah Teori Perkembangan Kognitif Piaget. Menurut Piaget, tindakan (action) membuahkan pengetahuan dan pembelajaran adalah melalui penglibatan yang aktif. Pandangan Piaget adalah berdasarkan konsep konstruktivisme di mana manusia aktif dalam menginterpretasi dan mempelajari sesuatu perkara atau peristiwa yang berlaku di sekeliling mereka. Apabila berhadapan dengan stimuli  (rangsangan) tertentu, mereka memanipulasi stimuli tersebut dan memerhati kesan tindakan mereka. Pengetahuan yang diperoleh daripada interaksi dengan persekitaran akan membentuk skema, iaitu suatu struktur asas mental yang mewakili pengetahuan seseorang. Apabila wujudnya maklumat baru, ini menyebabkan seseorang mengubah suai skema asalnya untuk memberi ruang kepada pengetahuan atau maklumat barunya. Proses interaksi dengan persekitaran ini dikenali sebagai adaptasi. Untuk membolehkan adaptasi berlaku, seseorang perlu melalui 2 aktiviti mental iaitu asimilasi  (interaksi dengan persekitaran berdasarkan pengetahuan sedia ada, iaitu skema yang telah terbentuk hasil daripada pembelajaran awal) dan akomodasi ( pengubahsuaian skema sedia ada atau pembentukan skema baru untuk peristiwa baru). Menurut Piaget, asimilasi dan akomodasi saling berkaitan.  Kedua-dua proses ini saling berinteraksi untuk membolehkan kita menginterpretasi maklumat baru dan jika perlu, kita mengubahsuai pengetahuan sedia ada.

Terdapat 4 tahap perkembangan kognitif menurut Piaget iaitu :
  •   Sensorimotor/deria motor (0 hingga 2 tahun)
  •   Praoperasi/praperolehan  (2 hingga 7 tahun)
  •  Operasi/pengolahan konkrit (7 hingga 11 tahun)
  • Operasi/olahan formal (11 hingga ke atas)
(Rujuk http://www.slideshare.net/IzzatNajmi/teori-kognitif-piaget-11733859)

Antara implikasi Teori Perkembangan Kognitif Piaget ke atas strategi pengajaran guru adalah;
  •  pembelajaran secara aktif (proses pembelajaran secara induktif lebih sesuai di mana pelajar meneroka sesuatu topik terlebih dahulu sebelum guru merumuskan konsep-konsep penting yang mereka perlu tahu)
  •  guru sebagai fasilitator (guru menyediakan suasana, bahan pembelajaran dan persekitaran yang membolehkan penerokaan berlaku)
  • pemadanan aktiviti dan bahan dengan tahap perkembangan (guru memahami pemikiran pelajar  dan menyediakan bahan & aktiviti pembelajaran dengan merujuk kepada tahap perkembangan pelajar)



Lev Vygotsky

Teori perkembangan kognitif dan sosiobudaya telah dipelopori oleh Vygotsky atau nama sebenarnya, Lev Semyonovich Vygotsky yang juga merupakan seorang ahli psikologi berbangsa Rusia. Beliau di lahirkan pada 17 November 1896 di Belorussia (Belarus) dan meninggal dunia pada tahun 1934 akibat batuk kering. Namun dalam usianya yang masih muda, beliau telah mempelajari banyak ilmu seperti ilmu perubatan, undang-undang, sastera dan akhirnya psikologi. Beliau juga merupakan seorang guru dan sarjana sastera yang telah menulis buku tentang ‘Pemikiran dan Bahasa’ dan ‘Fikiran Masyarakat’. Untuk mengenali beliau dengan lebih dekat, sila rujuk pada..... http://en.wikipedia.org/wiki/Lev_Vygotsky

Vygotsky sangat terkenal sebagai salah seorang ahli psikologi pendidikan yang memperkenalkan teori sosiobudaya. Teori yang dinyatakan beliau adalah merupakan teori gabungan antara kognitif dan persekitaran sosial yang menerangkan fungsi psikologikal minda manusia. Teori Vygotsky juga menerangkan bagaimana manusia pada mulanya memahami sesuatu konsep melalui interaksi dengan individu yang lain sebelum betul-betul memahami konsep tersebut dengan sendirinya apabila internalisasi telah berlaku. Internalisasi merupakan pemahaman sesuatu konsep sehingga boleh menggunakannya untuk menyelesaikan masalah, menguatkan hujah Vygotsky yang mengatakan bahawa setiap pelajar itu mampu mencapai tahap potensinya dengan bantuan orang lain yang lebih mahir daripadanya (Vygotsky, 1981; Wertsch, 1979).

     Beberapa ciri-ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikut:
  1. Bahasa merupakan alat untuk berfikir dan alat yang digunakan oleh orang dewasa untuk memindahkan pengetahuan kepada kanak-kanak.
  2. Vygotsky percaya bahawa semua orang mempunyai Zone Of Proximal Development (ZPD) iaitu potensi kognitif pada tahap yang lebih tinggi. Potensi ini hanya mampu dicapai melalui proses scaffolding.
  3. Tahap pembelajaran atau kematangan mental seseorang kanak-kanak boleh ditingkatkan melalui scaffolding. Scaffolding merupakan pertolongan atau bimbingan yang diberi oleh orang yang lebih berpengalaman untuk meningkatkan tahap pembelajaran atau pemikiran kanak-kanak.
  4. Alat-alat yang digunakan dalam sesuatu budaya atau cultural tools (seperti bahasa, media, televisyen atau komputer) adalah sangat penting untuk meningkatkan komunikasi, pembelajaran dan pemprosesan pemikiran ke tahap yang lebih tinggi.


Piaget vs Vygotsky









Albert Bandura

      Albert Bandura merupakan seorang tokoh yang terkenal dengan Teori Pembelajaran Sosial. Sejarah hidup dan sumbangan beliau juga telah diceritakan dalam post sebelum ini. Beliau telah membentuk satu teori pembelajaran sosial yang menyarankan konsep timbal balik (determinisme). Teori ini menekankan aspek interaksi yang berlaku antara manusia dengan persekitarannya. Menurut Bandura, manusia mempengaruhi untung nasib melalui pengawalan kuasa persekitarannya dan dalam masa yang sama, mereka dipengaruhi oleh kuasa-kuasa persekitaran ini. Manusia akan sentiasa bertindak balas terhadap pelbagai situasi serta membentuk dan mempengaruhi situasi tersebut secara aktif. Bandura percaya, proses pembelajaran manusia adalah melalui pemerhatian dan peniruan.
(Eksperimen anak patung Bobo ...... http://www.slideshare.net/noorezayumohdsaid/teori-pembelajaran-sosial-edu-3103). Berdasarkan eksperimen tersebut, dapat disimpulkan bahawa meniru adalah satu cara anak-anak dapat belajar, terutamanya bagi pelajar yang meningkat remaja. Cara belajar seperti ini lebih berkesan sekiranya disertai dengan ganjaran-ganjaran tertentu.

Tiga model asas pembelajaran yang telah dikenal pasti oleh Bandura, iaitu;
  • Model zahir (live) – individu sebenar melakukan sesuatu (Lee Chong Wei                                   menunjukkan cara memukul bulu tangkis di hadapan pelajar)
  • Model lisan - penjelasan tentang sesuatu tingkah laku (guru menerangkan bagaimana Lee Chong Wei memukul bulu tangkis)
  • Model simbolik - tingkah laku sebenar / lakonan yang ditunjukkan dalam buku, tv atau filem (pelajar menonton video perlawanan badminton sebenar)


Bandura (1965) berpendapat, pembelajaran pemerhatian melibatkan 4 proses ;
  • Penumpuan atau pemerhatian (pelajar perlu memberi fokus & tumpuan sewaktu pengajaran)
  • Penyimpanan atau pengekalan ingatan (pelajar berupaya mengekalkan apa yang dipelajari)
  • Reproduksi atau mengeluarkan semula (pelajar perlu melakukan kembali apa yang ditunjukkan)
  • Motivasi atau dorongan (peneguhan internal & eksternal penting dalam pembelajaran tingkah laku)





Howard Gardner

          Howard Gardner merupakan seorang tokoh yang memperluaskan konsep kecerdasan di mana beliau melihat keadaan kecerdasan individu yang pelbagai. Gardner telah menerbitkan buku "Frame of Mind" pada tahun 1983. Selidiki latar belakang dan sumbangan Howard Gardner melalui http://en.wikipedia.org/wiki/Howard_Gardner . 

    Menurut Gardner, kecerdasan manusia biasanya tidak boleh diwarisi kerana kecerdasan dipengaruhi oleh budaya, persekitaran, peluang pendidikan, makanan, pembelajaran dan lain-lain lagi. Beliau telah mengemukakan 9 aspek kecerdasan manusia yang dapat dikembangkan sepanjang hayat. Beliau berpendapat, manusia mempunyai kesemua kecerdasan tersebut, namun tahap pencapaian bagi suatu kecerdasan itu berbeza-beza. Manakala, ada juga individu mempunyai kecerdasan yang tinggi dalam kesemua kecerdasan ini.

Aspek-aspek kecerdasan yang dikemukakan oleh  Gardner adalah :
  • Kecerdasan verbal linguistik - kebolehan menggunakan bahasa, sama ada secara  lisan/bertulis.                                                 
  • Kecerdasan logik-matematik  - kebolehan memanipulasikan nombor dan pengiraan
  • Kecerdasan visual-ruang - kebolehan mencipta gambaran mental dan mengamati dunia visual            
  • Kecerdasan kinestetik - kebolehan menggunakan keseluruhan anggota badan untuk                                    menyelesaikan masalah dan berkomunikasi
  • Kecerdasan muzik - kepakaran dalam prestasi, komposisi & apresiasi terhadap pola-pola muzik                                  
  • Kecerdasan interpersonal - kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain.  
  • Kecerdasan intrapersonal - kemampuan seseorang individu mengenali diri sendiri secara mendalam serta mempunyai tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan diri sendiri.                            
  • Kecerdasan naturalis - kebolehan melihat hubungan dan polar antara tumbuhan & haiwan                                                  
  • Kecerdasan eksistential - fahaman yang berpusat kepada kejadian dan kewujudan manusia, erti kehidupan, kematian dan juga realiti yang dihadapi oleh manusia.



       Melalui aplikasi teori pelbagai kecerdasan, kita dapat mencungkil kecerdasan-kecerdasan yang diingini melalui pelbagai cara. Ia dapat membantu guru dalam menyesuaikan diri dengan perbezaan pelajar dan juga suasana pembelajaran. 







Tokoh-tokoh Behaviorisme




Ivan Pavlov (Teori Pelaziman Klasik Pavlov)
(http://en.wikipedia.org/wiki/Ivan_Pavlov)
     
       Pavlov berpendapat bahawa setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas di mana rangsangan tersebut adalah sebarang bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas. Pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan tersebut dinamakan pelaziman dan pembelajaran iaitu generalisasi, diskriminasi dan penghapusan. Melalui konsep-konsep ini, menunjukkan bahawa pembelajaran mempunyai hubungan antara rangsangan dengan gerak balas.



J.B Watson (Teori Pelaziman Klasik Watson)
http://en.wikipedia.org/wiki/J._B._Watson

       Beliau digelar ‘bapa behaviorisme’. Beliau menerima hasil kerja Pavlon dan menerima pelaziman klasik sebagai satu cara yang penting dalam proses pembelajaran. Beliau mengaitkan segala tingkah laku dengan pergerakan. Watson berpendapat, guru boleh mempengaruhi pengalaman pembelajaran pelajar dengan menentukan rangsangan yang akan didedahkan kepada pelajar dan jenis gerak balas yang akan dihasilkan. Dengan menggabungkan beberapa rangsangan, gerak balas tertentu dapat dikaitkan dengan pelbagai situasi dan dalam proses pembelajaran, guru haruslah memilih rangsangan yang menyeronokkan.




Edward L. Thorndike (Teori Pelaziman Operan)
(http://en.wikipedia.org/wiki/Edward_Thorndike)

       Thorndike merupakan ahli behaviorisme yang pertama mengemukakan konsep pelaziman operan. Beliau memperkenalkan “pembelajaran cuba jaya” dan 3 hukum pembelajaran iaitu hukum kesediaan (persediaan dan persiapan yang perlu ada sebelum individu itu bertindak), hukum latihan (digunakan dalam latihan hafalan) dan hukum kesan (menyatakan jika sesuatu tindakan itu diikuti oleh sesuatu perubahan persekitaran yang menyeronokkan). Berdasarkan ketiga-tiga hukum tersebut, seseorang guru haruslah menggunakan strategi atau pendekatan yang berkesan dalam aktiviti pengajaran seperti menilai aspek kesediaan pelajar, mengadakan pelbagai rangsangan, memberi ganjaran atau peneguhan positif serta menentukan persekitaran pembelajaran yang kondusif.




B.F Skinner (Teori Pelaziman Operan Skinner)
(http://en.wikipedia.org/wiki/B._F._Skinner)

       Skinner cuba mengaitkan behaviorisme dengan gerak balas yang mana boleh dikuatkan (diulangi) atau dihapuskan (tidak diulangi) jika diberikan peneguhan sebaik-baik sahaja gerak balas itu ditunjukkan. Dalam teori ini, Skinner menekankan kepada peneguhan dan hukuman. Peneguhan ialah suatu gerak balas yang memuaskan setelah sesuatu tingkah laku dipamerkan. Peneguhan dibahagikan kepada 2 iaitu peneguhan positif (rangsangan yang boleh menambahkan kebarangkalian sesuatu tingkah laku akan berlaku) dan peneguhan negatif (rangsangan yang menyakiti atau mewujudkan keadaan tidak selesa boleh menambahkan kebarangkalian sesuatu tingkah laku mengelak atau mengurang).    


Friday 20 April 2012

Riwayat Hidup Ahli Falsafah Yunani

   Athens merupakan sebuah ibu kota atau bandaraya terbesar Greece dan tempat asal demokrasi. Terdapat beberapa orang ahli falsafah yang terkenal berasal dari Athens iaitu Socrates, Plato dan Aristotle yang hidup di zaman Sebelum Masihi. Marilah kita tumpukan perhatian kepada gaya dan prinsip hidup mereka sehinggakan mereka layak digelar 'mahaguru' pada zaman mereka.


Socrates (469 - 399 SM)

   Sifat peribadi beliau yang cenderung kepada penaakulan kritikal dan komitmen beliau terhadap ketelusan merupakan penanda aras hidup seseorang role model yang harus dicontohi oleh orang ramai. Kenali tokoh yang berasal dari Athens ini melalui.... http://www.en.wikipedia.org/wiki/Socrates




Plato (427 - 347 SM)

   Biasakah anda mendengar nama Plato? Beliau merupakan anak murid kepada Socrates. Dialogues merupakan hasil karya beliau yang terawal. Diikuti dengan Republic iaitu sebuah karya yang menggabungkan beberapa disiplin termasuklah etika, falsafah, politik, psikologi moral, epistemologi dan metafizik. Ingin lebih mengenali tokoh ini? Jom klik kat link ini.... http://en.wikipedia.org/wiki/Plato


Aristotle (384 - 322 SM)

   Siapakah Aristotle? Beliau merupakan seorang ahli falsafah, juga merupakan anak murid kepada Plato. Hasil karya beliau merangkumi bidang yang luas, iaitu merangkumi bidang pendidikan, sastera, fizik, metafizik, puisi, logik, retorik, politik, etika, biologi dan zoologi. Untun mendalami riwayat hidup dan sumbangan ahli falsafah Yunani ini, layari..... www.en.wikipedia.org/wiki/Aristotle

Intelektual Islam

    " Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan as-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah S.W.T yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat." (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1997). 

   " Falsafah pendidikan Islam bertujuan untuk menyediakan manusia dengan pengalaman dan ilmu pengetahuan yang cukup agar dia kenal dirinya serta tugas dan tanggungjawabnya, mengetahui cara menjalankan tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah agar menjadi insan yang soleh (berteraskan roh Islam). Dengan kata lain, falsafah pendidikan Islam merangkumi aspek-aspek seperti matlamat, kandungan dan dasar pendidikan Islam." (Al-Syaibani, 1979).

   Sudahkah anda faham tentang falsafah pendidikan Islam? Jika masih kabur, mari kita mendalami pandangan para intelektual Islam pada zaman keagungan empayar Islam. Tahukah anda bahawa mereka juga telah banyak memberi sumbangan yang besar kepada kemajuan dunia barat? 

   Jom kita kenali tokoh-tokoh intelektual Islam dengan lebih mendalam dan mengkaji riwayat hidup serta sumbangan mereka........



Ibnu Rushd (520 - 595)

   Beliau lebih dikenali dengan nama "Averroes" di Barat. Dilahirkan ketika umat Kristian di Eropah sedang berada dalam serba kegelapan dan kejahilan di abad-abad pertengahan (middle ages). Marilah kita dalami riwayat hidup dan sumbangan tokoh kita ini. Layari lah,  http://ms.wikipedia.org/wiki/Ibnu_Rushd
                                                
   


Al-Ghazali (1058 - 1111)

   Beliau terkenal dalam sejarah Islam sebagai seorang ahli falsafah, ahli teologi dan ahli juri yang disegani. Beliau juga digelar "Algazel". Fikiran beliau tidak luntur dengan peredaran zaman. Sebaliknya, sentiasa bernas dan hidup segar bersama-sama pengaruh beliau yang kuat dalam bidang falsafah hingga ke hari ini. Ketahui riwayat hidup dan sumbangan Al-Ghazali melalui.....  http://ms.wikipedia.org/wiki/Abu_Hamid_Al-Ghazali

   


   Ibnu Khaldun (1332 - 1406 Hijrah)

   Ibnu Khaldun ialah seorang tokoh falsafah, sejarah dan sosiologi yang terkenal dalam sejarah dunia Islam. Pemikiran dan karya beliau amat penting dalam membantu kita dalam proses memahami tamadun dunia kita. Mari kita berkenalan dengan penulis Prolegomena ini........  http://www.muslimphilosophy.com/ik/klf.htm



Al-Farabi (870 - 950 AD)

   Al-Farabi terkenal sebagai seorang tokoh Islam yang banyak menyumbangkan pemikiran beliau dalam bidang sains, falsafah, logik, sosiologi, perubatan, matematik dan muzik. Beliau juga merupakan seorang Neoplatonist yang menggabungkan pemikiran Plato dan Aristotle dengan teologi. Layari website ini untuk mengenali beliau dengan lebih mendalam....... http://www.iranchamber.com/personalities/farabi/farabi.php
   


   

Tuesday 10 April 2012

Perjuangan Tokoh-tokoh Pendidik Barat...

     Seperti yang kita semua tahu, senarai tokoh pendidik Barat memang tiada had dan batasannya. Dalam ruangan ini, saya hanya akan memfokuskan kepada 5 tokoh pendidik barat sahaja iaitu John Dewey, Maria Montessori, Jean Piaget, Carl Rogers dan Albert Bandura.



John Dewey (1859-1952)

Adakah anda masih ingat lagi dengan John Dewey? Beliau telah mengutarakan takrifan bagi istilah "pendidikan" di mana beliau berpendapat pendidikan adalah satu proses yang bertujuan untuk mempertingkatkan lagi kedudukan manusia dan sekolah dilihat sebagai satu persekitaran khusus yang bersamaan dengan persekitaran sosial". John Dewey merupakan seorang ahli falsafah, ahli psikologi dan tokoh pendidik yang dikenali sebagai pengasas pendidikan progresif. Mari kita dalami serba sedikit mengenai latar belakang tokoh ini.... http://philosophypages.com/ph/dewe.htm





Maria Montessori (1870-1952)

Pernah dengar Pusat Prasekolah Montessori? Apakah keistimewaan pusat prasekolah itu? Apa kaitannya dengan tokoh pendidik barat yang kedua ini? Jom kita berkenalan dengan Montessori dengan lebih dekat lagi... http://ms.wikipedia.org/wiki/Maria_Montessori





Jean Piaget (1896-1980)

Beliau adalah seorang ahli falsafah, ahli sains asli dan ahli psikologi perkembangan yang terkenal kerana telah banyak mengkaji mengenai kanak-kanak, khususnya dari segi perkembangan kognitif mereka. Selain itu, pengaruh teori perkembangan kognitif beliau agak ketara dalam bidang psikologi perkembangan, pendidikan, falsafah, artificial intelligence dan pendidikan moral. Beliau juga telah mengemukakan pandangan mengenai epistemologi genetik (kajian mengenai perkembangan ilmu). Untuk mengenali tokoh ini dengan lebih lanjut, jom layari...  http://webspace.ship.edu.cgboer/piaget.html





Carl Rogers (1902-1987)

Tokoh ini amat terkenal dengan Teori Pemusatan Individu iaitu satu pendekatan yang diutarakan untuk memahami personaliti dan hubungan manusia. Pendekatan ini biasanya digunakan dalam bidang psikoterapi dan kaunseling (terapi pemusatan klien) dan pendidikan (pembelajaran berpusatkan murid). Tahukah anda Rogers juga dianggap salah seorang pengasas pendekatan humanistik? Ketahui lebih lanjut mengenai Carl Rogers melalui....... http://webspace.ship.edu/cgboer/rogers.html






Albert Bandura (1925-hingga kini)

Biasakah anda dengar nama Albert Bandura? Beliau terkenal sebagai ahli psikologi yang banyak mengkaji mengenai bidang kognitif sosial, khususnya efikasi kendiri (self-efficacy). Marilah kita kaji latar belakang dan sumbangan Albert Bandura dengan klik pada... http://webspace.ship.edu/cgboer/bandura.html


Menjejaki Tokoh-tokoh Pendidik Tanahair..


Seterusnya, mari kita jejaki tokoh-tokoh pendidik negara yang banyak menyumbang kepada bidang pendidikan terutamanya dalam bidang falsafah dan psikologi.




   Siapakah tokoh dalam gambar di atas? Beliau adalah seorang tokoh pendidik dan juga tokoh masyarakat yang terkenal di negara kita sebelum zaman kemerdekaan. Beliau dikenali dengan nama Za'ba atau nama sebenar beliau ialah Zainal Abidin bin Ahmad. Kita akan mengenali beliau dengan lebih lanjut dengan hanya klik pada link ini..... http://ms.wikipedia.org/wiki/Zainal_Abidin_Ahmad




   Tokoh pendidik negara yang kedua ini diberi gelaran "Pak Doktor". Nama beliau adalah Burhanuddin Muhammad Nor (Dr Burhanuddin Al-Helmi). Beliau merupakan seorang ulamak, ahli tasawuf, ahli pidato, sasterawan dan ahli perubatan homeopati. Ingin mengenali beliau dengan lebih dekat?? Sila layari http://ms.wikipedia.org/wiki/Burhanuddin_Helmi




   Institut Aminuddin Baki (IAB) begitu sinonim dengan nama tokoh pendidik negara kita yang ketiga. Beliau juga digelar "Bapa Pendidikan Malaysia". Kita akan cuba mengenali tokoh pendidik tanah air kita ini dengan lebih mendalam lagi... http://ms.wikipedia.org/wiki/Aminuddin_Baki






   Sudah pasti anda pernah mendengar nama Awang Had Salleh. Tokoh pendidik negara ini merupakan salah seorang Naib Canselor Universiti Utara Malaysia dan terkenal dengan hasil karya kesusasteraan. Kejayaan beliau dalam menerbitkan sebuah kumpulan cerpen, sebuah novel dan sebuah buku drama jelas membuktikan bakat Awang Had Salleh sebagai seorang penulis kreatif negara ini. Jom kita kenali beliau dengan lebih dekat lagi.. http://ms.wikipedia.org/wiki/Awang_Had_Salleh


Mengenali Tokoh-tokoh Pendidik Timur..


   Tahukah anda siapa yang bernama Haji Abdul Malik Karim Amrullah @ lebih dikenali dengan nama HAMKA? Beliau adalah seorang tokoh ulamak dan sasterawan Indonesia, malahan jasa beliau terkenang di seluruh nusantara, termasuk Malaysia dan Singapura. Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai latarbelakang dan sumbangan beliau? Sila klik pada..... http://id.wikipedia.org/wiki/Haji_Abdul_Malik_Karim_Amrullah




   Biasakah anda dengan nama Lao Tze @ Lao Tzu @ Lao Tse?? Beliau adalah seorang ahli falsafah negara China serta pengasas Taoism. Tahukah anda apakah maksud Lao Tze? Ya betul!!! Lao tze bermaksud "mahaguru" atau "old master".... Ada pendapat mengatakan beliau sebenarnya tidak wujud! Tetapi, tokoh-tokoh sejarah berpendapat sebaliknya.. Nak tau lebih lanjut mengenai beliau?? Klik la kt.... http://www.lucidcafe.com/library/96jun/laotzu.html